Pages

Sunday 28 November 2021

5 reasons to invest in gold or precious metal


5 reasons to #invest in Gold or precious metal.

Jom buat pelaburan untuk masa depan dan keluarga kita.

Just wasap.๐Ÿ‘‡
http://wasap.my/+60194741493/Akaunemasfb 

or direct register this link๐Ÿ‘‰bit.ly/3zp3PU2








 

Tuesday 23 November 2021

Susah ke nak menabung?

 


Susah ke nak menabung?

====================

Bagi seseorang yang pernah hidup tidak ada simpanan kecemasan langsung memang tak dinafikan menabung itu susah!!

Kenapa susah?


1) Tak ada kesedaran kenapa perlu menabung? Kenapa perlu ada simpanan kecemasan? Relax aar… muda lagi kan?


2) Bila dapat gaji, tak pernah asing untuk simpan dahulu. Tapi selalunya memang akan belanja dulu, fikir nanti ada lebih baru simpan. Tapi memang sampai ke sudah lah tak ada lebihan dan tak dapat menyimpan. 


3) Waktu tu hanya fikir, hidup untuk enjoy. Tak perlu fikir benda yang belum jadi. Apa yang penting, enjoy jelah hidup yang kita ada ni. 


4) Rasa hidup terlalu selesa. Dapat gaji boleh beli apa yang kita nak, dapat pergi mana yang kita suka. 


5) Hidup tak pernah ada matlamat. Tak pernah ada perancangan apa akan buat lagi 5 tahun akan datang? Berapa simpanan yang kena ada untuk masa hadapan? 


6) Tak pernah baca buku-buku kewangan. Suka baca novel dan hidup dalam alam fantasi.


7) Tak berada dalam circle yang positif tentang kewangan. Guru? Lagilah nan hado…


Inilah kebanyakan orang kita di dalam masyarakat. Sebab tu Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa lebih 75% rakyat Malaysia tak ada wang simpanan walaupun serendah RM100! 


Memang tak pernah ada simpanan kecemasan walaupun seribu seringgit. Bukan tak mampu menyimpan tapi tak ada kesedaran dan mindset yang betul. Tak nak paksa diri untuk cuba menabung. 


Sebenarnya menabung tu tak susah bila mindset dan matlamat hidup kita jelas. Bila kita ada matlamat yang jelas, kita akan paksa diri untuk menabung agar kita dapat capai matlamat tersebut.


Jom paksa diri untuk menabung. Kena ingat satu perkara. Kita hidup jangan susahkan orang, bila mati pun tak akan susahkan orang dengan meninggalkan hutang. Menabunglah untuk hari tua dan masa depan anak-anak kita. Yang tak boleh tengok wang tunai tu, jom! Simpan emas.


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh ja hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network


Note:10/3

Thursday 18 November 2021

BUKAN TAK NAK BELI EMAS, TUNGGU ADA DUIT DULU.

 


“Aku bukan tak nak beli emas. Aku tunggu ada duit baru aku beli emas”.

Biasa kan kita bagi alasan macam ni? Betul ke bila kita ada duit, kita akan beli emas? Betul ke emas tu patut beli bila ada duit lebih sahaja? Apa definisi ada duit lebih?


Jom kita baca cerita orang – orang yang menang loteri berjuta – juta dan akhirnya kembali miskin tak lama pun selepas itu.


1. Billie Bob Harrell Jr 

Billie Bob yang telah menang loteri Texas Lotto berharga 31 Juta USD pada tahun 1997. Wang loteri yang dimenangi habis digunakan untuk berfoya – foya. Bukan itu sahaja, Billie juga telah memberikan rumah bagi setiap ahli keluarga dan teman – temannnya. 


Disebabkan hal itu, Billie Bob telah menjadi sasaran scammer sehingga memaksa Billie kerap menukar nombor telefon supaya tidak dihubungi orang yang tidak dikenali. Pada tahun 1999, Billie mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menggunakan pistol dan menyifatkan kemenangan loteri adalah hal terburuk yang pernah terjadi pada hidup beliau.


2. Sharon Tirabassi

Sharon Tirabassi telah menang loteri pada tahun 2004. Malangnya semua duit loteri yang dimenangi habis digunakan untuk membeli kereta mewah, rumah baru dan berfoya – foya di tempat hiburan. Tak lama lepas itu, Sharon terpaksa kembali bekerja dan menyewa rumah untuk menyara kehidupannya. 


3. Joseph dan Ibi Roncaioli

Joseph dan Ibi Roncaioli menang loteri berharga 5 Juta USD pada tahun 1995. Joseph mempercayai Ibi untuk mengendalikan duit hasil kemenangan loteri tersebut. Malangnya, isterinya Ibi menggunakan duit loteri tersebut untuk berjudi, membeli rumah mewah dan membeli bisnes untuk diwariskan kepada anak lelakinya. 


Disebabkan marah dengan kelakuan isterinya, Joseph telah membunuh Ibi dengan menyuntikkan jarum beracun. Joseph kemudiannya telah dikenakan hukuman penjara.


Kalau kita baca semua cerita di atas, kita boleh simpulkan bahawa mempunyai duit yang banyak tidak menjamin seseorang tahu dan mampu mengendali kekayaan mereka sendiri. Mungkin akhirnya kita akan membeli barang – barang yang menjadi kehendak selama ini seperti kereta dan rumah mewah sedangkan kita tak memerlukan semua itu. Yelah, duduk tiga beranak je, nak duduk rumah agam 15 bilik buat apa kan?


Ada duit lebih atau tidak bukanlah penentu. Kalau kita tahu kelebihan emas, pasti kita dah berlumba – lumba dan mencari cara untuk simpan emas. Lagipun sekarang ada duit RM100 pun boleh simpan emas. Tapi kalau duit RM100 tu korang lagi rela untuk beli makanan viral, den pun tak boleh buat apa lah dik. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh je hubungi Huda di www.wasap.my/6019474193


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network


Note:10/2