Pages

Thursday 24 November 2016

Badrulamin-damailah engkau di sana



Pagi td sy dpt fonkol "Ustaz,  sy ni nor adik arwah Anuar Samin.." Sy kenal num tu sbb dh lama sy save.  "Ank sy Badrulamin meninggal 4 hari lepas.." Innalillah.. 

Sy mmg ingat ank k. Nor yg d beri nama ikut nama sy dan sy juga yg tahnik (belah mulut). Itu 18 tahun lalu. Kini Badrulamin dah tiada tapi sy nak share serba sikit ttg arwah menurut cerita ibunya k. Nor dan kwn2 arwah. Moga ada, manfaat dan kebaikan. 

Ahad 4 hari lepas,  arwah dgn kwn2 mkn d Sg Besar. Sdg mkn ttba dtg sorg "gila" (pd pandangan zahir)  pegang,  usap dan cium kepala arwah.  Xda sapa kenal org tu dan xda sapa pernah lihat dia sblm ni.  Arwah kmdian ambil kunci motor dan pergi meninggalkan kwn2 yg sdg kehairanan. Rupanya arwah pergi menemui Tuhannya.  Arwah kemalangan dlm perjalanan pulang kerumah. 

10.30mlm jenazah siap d mandikan di Hospital Sabak Bernam oleh Ust Salihin. Esoknya Isnin jam 10pagi jenazah selesai d kebumi. 

Perjalanan arwah walaupun tragis namun mudah dan memperlihat tanda2 kemulian... 

1) Lbh 500 orang bersolat jenazah d Msjd Kg Baru.  Ini jarang2 berlaku lbh2 lg pd jenazah seorang budak berumur 18 tahun. 

2) Solat jenazah d imamkan oleh seorang tua berjubah berserban dan berjanggut serba putih.  Org tua itu juga yg mula2 sekali menyiram kubur arwah.  Dan xda siapa kenal siapa org tua itu dan dari mana dia dtg. 

3) Ada sorg Indon yg turut menggali kubur pagi itu. Ketika d tanya oleh ibu arwah dia menceritakan... "Satu hari sy menolak motor yg rosak d jalanan. Arwah singgah dan memberi pertolongan.  Arwah beri pinjam motornya utk sy pergi beli makanan keluarga dan arwah tolak motor rosak itu ke bengkel.. Kami kmdian jumpa d bengkel. Arwah ank baik..."

4) Skrg ni arwah sdg bercuti dan kerja sementara bantu tokeh Cina jual ikan. Tiap hari dia bw ikan blk rumah dan berkata "mak xyah beli ikan lg..  Ikan mahal.." Isnin lepas tokeh dtg bw 3 tong ikan kerumah arwah yg nilai jualan cecah 4k... K. Nor sedekah ikan sekampung atas nama arwah. 

5) Hingga ke hari ini kwn2 arwah x putus dtg ziarah kubur dan bc yasin berdoa.

Ada yg dtg utk serah jam tangan "makcik,  ini jam yg arwah bg sy guna masa exam spm lps. Masa tu sy xda jam"..

Ada dtg nk serah helmet "makcik,  ini helmet arwah belikan sbb masa tu sy xda helmet. Sy nk pulangkan sbb tiap kali sy tengok helmet sy akan nangis.."

K. Nor suruh kwn2 arwah simpan brg2 tu sbg kenangan dan tanya klu arwah ada hutang dgn sesiapa. Semua kata yg arwah xda hutang dgn dorg malah dorg yg bnyk hutang dgn arwah.. "Arwah adalah kawan kami yg paling baik.."

Diakhir perbualan kami,  k. Nor mengaku yg arwah adalah anak yg paling rapat,  sayang dgnnya dan selalu menciumnya.  Sering ketika k. Nor masak arwah dtg mencium wlu dari belakang sambil berkata "Terima kasih mama kerana masak utk kami.  Masakan mama sedap.."

K. Nor tanya siapa gerangan org gila dan org tua yg muncul tiba2? Sy menjawab ringkas.. "Makhluk Tuhan juga. Mukin malaikat.."

Wahai anaknda Badrulamin.. Damailah engkau dlm taman syurga.. Alfatihah.

Catitan: Arwah Anuar Samin (pakcik arwah)  Alfatihah..Klik sini untuk info lanjut.

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com