Pages

Saturday 31 December 2016

Tabung kehidupan


Antara tabung yang disyorkan

Kak Huda tertarik dengan 3 perkongsian seminar sebelum ini yang telah kak huda hadiri secara formal @santai. Dari situ, Ada kawan2 & pelanggan2 minta share tentang ini. Sebelum ni biasa je,sebab ini cara penulis. Bukan yg terbaik tapi applicable utk family & penulis. Ada kawan2 & pelanggan yg ikut & merasakan sesuai utk mereka. Yang belum mungkin boleh mulakan ikut keperluan anda.
Kami tak kaya, kami juga bukan orang ada2. Kami cuma orang biasa2. Kami pernah alami jatuh dan bangun dalam hidup. Kami pernah dimalukan dan dicemuh. Kami tabah dan bangkit dari cemuhan mereka. Penulis mula amalkan kewangan berhemah ini pada tahun 2010, dgn hanya RM1 setiap tabung. Tapi bermula dgn RM1 itu lah banyak hal yg kami belajar, banyak manfaat yg kami dapat serta banyak pengalaman hidup yg mampu penulis kongsi dgn kawan2 dan pelanggan2 penulis. Alhamdulillah. Itulah hikmahnya sebuah kehidupan, bukan utk diratapi tapi utk dipelajari & untuk diselesaikan.

Dapat je gaji & komisyen,
1-hal pertama adalah ZAKAT, penyucian. Sucikan pendapatan supaya bertambah keberkatan padanya. Kata ustaz, jgn tunggu mampu baru nk berzakat, tapi berzakatlah agar lebih BERKAT.

2-SIMPAN tak semestinya banyak, yang penting ada (pembentukan tabiat). Penulis pun bermula dgn RM1 je sebulan. Sekarang alhamdulillah...

3- HUTANG (bank dan personal, patut dan tak patut). Penulis menyediakan satu buku, senarai semua hutang ikut tarikh, dan jumlah. Buku ni penulis tunjuk kat suami seandainnya penulis meninggal sbl sempat mbayar dapatlah kiranya mereka tolong uruskan & selesaikan. Yang penting usaha kita utk bayar dan belajar dari setiap kesilapan yg kita buat. Hutang ibarat belenggu, ia merantai kebebasan kita.

4-Fixed Expenses spt Sewa rumah, kereta dll yg tidak boleh tidak  itulah jumlahnya setiap bulan. Namanya fixed, tapi kita mampu utk kawal jumlahnya sbl jadikan ia komitmen.

5- Variable Expenses (spt gambar di bawah).
a) Duit belanja harian. Awal bulan kami akan sediakan RM150. Contoh: gas masak,minyak,bawang,...

b) Entertainment: Ini penetapan bersama dgn family based on aktiviti bersama yg kami akan buat (quality time katanya): makan2, bercuti, shopping,mandi manda dll. Disebabkan ini penetapan bersama, tabungnya juga perlu dipenuhkan sama2. Berapa? Saya serahkan kpd mereka utk decide. Tahun lps 50 sen sehari. Bukan kedekut, tapi didik mereka utk lebih menghargai. Bukan mudah nak mudah, bukan susah utk susah.

c) Persiapan raya tahun berikutnya (2018):. Buat anggaran bajet bahagi 12 supaya kita tahu berapa sebulan perlu disimpan. Ini bg mengelakkan, akhir tahun kami alami kesempitan wang kerana semua duit gaji terpakai utk persiapan raya.balik kg Kedah. Raya di KL. masukkan sekali anggarannya. Raya pula 2x setahun tak termasuk cuti2 malaysia lagi.

d) Infaq Family(tabung kasih sayang): inipun dipenuhkan bersama2.Kegunaannya, bila tgh2 bulan tetiba mak & family dtg dari kg,mesti nak beli apa2, so kiranya tabung ni tabung tabarru' kami sekeluarga. Sapa yg nk pakai boleh ambil tapi minta izin dr semua ahli keluarga. Supaya mereka dpt rasa kami saling melengkapi x boleh kurang walau sorang.

e) Sedekah: galakan utk family. Nilai x kisah, berapa yg ikhlas. Sebelum keluar pagi ke pejabat & tempat kerja biasakan masukkan ke tabung tersebut. Bila penuh kita serahkan kpd yg memerlukan.

f) Kecemasan:tabung ni x kisah berapa sebulan, yg penting ada. Kalau sebulan rm5, 12 bln dah rm60. Tujuannya utk kegunaan waktu2 kecemasan.

i) Reward diri: bukan tiap2 bulan penulis beli beg tangan,kasut,bagai tapi kadang2 bila  inginkan sesuatu kita dah ada tabungan. Contohnya bila hp rosak, xde lah kacau duit gaji bulanan atau simpanan kita.

j)Perbelanjaan Konvensyen Luar Negara/ ziarah: setiap tahun penulis akan tulis impian nk ke mana. Kira bajet berapa nk belanja & bawa,(tiket/penginapan/perjalanan/buah tangan). bahagi 12. Itu lah jumlah sebulan yg perlu disimpan dalam tabung ni.

k) Tabung Hijau(Haji & Umrah): duit rm5, keraskan hati masuk tabung

L) tabung 20 sen.

Ini pula belajar daripada seorang kenalan dari takaful, kak Ma:-

Bahagikan Purse kepada 3 compartment:
1) duit belanja (sbb tu selalu lunch date dgn suami, lbh jimat)
2) duit belanja dapur
3) duit petrol, tol & servis kereta.
*penulis cuma akan belanja apa yg ada dlm senarai bulanan. Atau...kalu nk beli apa2 perlu check baki duit belanja dulu cukup ke tak.

Alhamdulillah...dgn teknik di atas, hidup sentiasa merasa ada. Dan hidup kami kini jauh lebih baik...alhamdulillah...

#sharingiscaring
#ikhlasdarihati
#usahasayauntukhiduplebihbaik

❤❤❤2017 is at the door...remember: Life is short, break the rules, forgive quickly, love truly, laugh uncontrollably & never regret anything that made you SMILE. HAPPY NEW YEAR💖💖💖

Thursday 29 December 2016

Sembang bisnes









Cerita semalam (oghang kedah panggei kelmarin)

Penulis teruja dan termotivasi dengan usahawan2 hebat di Usahawan Komuniti Kuala Selangor. Sepanjang majlis penerangan serta sharing daripada cik Fara Jesseica banyak membantu penulis tentang basic-basic berniaga. Tentang kepentingan urusniaga cash, document, handle staff dan banyak lagi.


Dalam masa yang sama, tuan timbalan pengarah MARA tiba-tiba datang mengejut melawat pejabat. Rezeki kami dapat berkenalan dengan beliau.

Akhir kalam, penulis sedang usahakan memajukan diri dan bissness penulis hingga mencapai target.doakan yerr..insyaAllah.

 


Tuesday 27 December 2016

13 tempat mustajab doa di Mekah



13 TEMPAT MUSTAJAB DOA

1.Hajar Aswad (batu dari syurga).

2.Multazam

3.Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.

4.Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.

5.Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).

6.Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).

7.Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat)

8.Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).

9.Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat/Emas).

10.Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup)

11.Rukun Yamani

12.Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad)

13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).

Abah dan baju sekolah hutang




Copy paste cerita  Raja Shamri.....baca  je trs mata masuk habuk...

*ABAH DAN BAJU SEKOLAH HUTANG😔*
Seminggu dua nak buka sekolah ni teringat zaman kecik dulu sewaktu arwah abah masih hidup ... masa nilah abah akan naik motor ke sana ke mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju sekolah kami adik beradik. Kadang2 abah pinjam dengan kawan2 abah, tokey kedai tempat abah sarapan pagi2 dan mcm2 orang lagilah.
Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu ... kami faham. Dan kesusahan itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan result yang bagus untuk abah.
Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama ... lambat pulak ketat .. budak2 sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar kasut ... cepat betul membesar ... hehehe ...
Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk darjah 5 abah balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah. Tahu2 pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil. Mak dan adik2 dah tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah berikan saya baju sekolah dan buku2 keperluan sesi persekolahan yang baru.
Tak ada apa2 yang keluar dari mulut abah melainkan dia mintak saya buatkan teh panas satu.
Malam tu berlalu begitu sajalah tanpa apa2 perbincangan.
Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang nilah abah mula bukak cerita ...
"Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik ... ingat tak?" Abah tanya ...
Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar cerita abah ...
" Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik2 baju sekolah dan buku ... tapi tak dapat ... "
" Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu diapun susah jugak bukan orang senang ... tapi senang sikitlah dari kita ... Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 utk belikan buku2. Pakaian sekolah tu pun abah hutang dengan tuan kedai... dia bagi hurtang sebab dia tahu anak2 abah semua pandai2 belajar ."
Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir tak boleh berkata-kata ... terkedu. Hati rasa sangat sebak. Abah terus berbicara ...
"Malam tu motor abah rosak .... abah tolak motor dari Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km. "
" Sekarang abang dah balik dari luar negara ... abang dah berjaya ... abang kerja bagus2 .. abang bantulah orang macam abah yg ramai kat luar sana ... abang jadilah orang baik-baik...
jangan kedekut dengan rezeki yg Allah bagi pinjam ... abah tak ada harta nak bagi kat kau dan adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan sekadarnya ... "
Dan pesanan itulah yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga ini setiap kali nak masuk musim bukak sekolah.
Ya Allahh .. rindunya kat abah malam ni ... Terima kasih abah kerana membimbing hati ini dari kecik hingga sekarang walaupun jasadmu telah tiada ... kau tetap membimbing hati ini ..
Semoga Allah satukan hati-hati kita keluarga besar thirdforce untuk terus istiqamah dalam perjuangan membina bangsa yang prihatin dan saling bantu membantu ini.
Jommm jadi orang baik-baik.
#copypaste

Monday 26 December 2016

Sempurnakan diriku dunia akhirat

SEBUAH HADIS YANG UNGGUL

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sunday 25 December 2016

7 Tips Keajaiban untuk murah rezeki


Rezeki umpama sebiji padi menjadi 7biji dan setangkai,kemudian tumbuh 7 tangkai. Bila ia semakin berisi dan masak ,ia menunduk. Begitulah perumpamaannya
Assalamualaikum.  Ini Adalah Perkongsian Dari Ustazah Hafizah Hamzah Berkenaan Jaga Hubungan Dgn Allah Dan Allah Akan Atur Segalanya.

TIPS MURAH REZEKI

Paksa diri buat 7S ini tanpa gagal.

◆ Solat di awal waktu & sentiasa pelihara aurat.

◆ Solat Dhuha sebelum memulakan urusan bisnes/kerjaya.

◆ Solat Tahajjud pukul 4 pagi -  bercerita kepada ALLAH tentang perancangan bisnes/kerjaya, keinginan nak kaya, kemahuan & kesyukuran akan nikmat dunia akhirat.

◆ Sedeqah walau sedikit.

◆ Surah Al-Waqiah dibaca selepas Solat Isyak, untuk elak kemiskinan.

◆ Sembang dengan mak ayah & pasangan setiap hari walaupun 5 minit; mohon kemaafan & keredhaan.

◆ Seribu kali istighfar terutama ketika memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes/kerjaya.

Cubalah. Dan lihat sendiri keajaiban yang akan kita nikmati. 😉

Sukses = 80% tawakal + 20% usaha.

Isteriku bidadari


Seorang ketua keluarga jumpa saya tengah malam tanya ustaz kenapa isteri saya tak macam saya nak. Dia kuat membebel. Tak tahu diuntung. Tak reti bersyukur. Dia sendiri tak terurus. Kuat marah anak-anak. Dengan saya kasar. Anak-anak pun jadi kasar. Duduk rumah tapi kuat tidur dan tak reti nak hias diri..macam mana yer ustaz..saya sakit hati. Sakit jiwa.

Jawapannya abang sebab kita belum cukup baik jadi suami dan belum cukup baik jadi ayah. Pasti ada dosa kita yang Allah ingatkan kita. Kerana Allah sayang abang..

Yerlah memamg saya tak sempurna tapi saya dah penat kerja. Cari rezeki nak bahagiakan keluarga siang malam. Saya tak berkira. Tapi saya pun manusia biasa..saya dah bantu macam-macam. Saya dah give up..dia suri rumah ustaz..bila dengar rasa beratnya jadi lelaki. Mukanya makin serius..

Saya tanya abang mesti dah mengandung dan bersalin?

Dia tergelak. Ish yang tu tidaklah ustaz.

Yerlah abang bila kita rasa kita buat banyak. Isteri lagi banyak. Saya pernah sakit. Saya cuma terfikir kuasa Allah dan kasih sayang Allah letakkan dalam hati seorang wanita. Walau sakit berani nak mengandung dan bersalin berkali-kali. Ajaibnya hati wanita Allah ciptakan. Ketabahan mereka. Ya Allah....

Isteri abang berapa kali mengandung dan bersalin.

Alhamdulillah dah 4 kali ustaz..

Begini abang setiap hari orang tanya saya soalan masalah rumahtangga. Saya dapat simpulkan jawapan utamanya satu. Kita terlupa untuk betulkan hati. Hidup ini hanya untuk Allah sayang. Kita berumahtangga pun untuk Allah sayang. Bukan untuk dapat apa yang kita nak. Hari-hari kita tanya apa patut isteri saya beri pada saya. Kita lupa tanya apa saya perlu buat dalam rumahtangga supaya Allah sayang saya. Kita perlu tanya kemudian kita sangat perlukan pertolongan Allah. Bukan soal pandai atau alimnya kita tetapi pertolongan Allah dalam memimpin.

Soalan pertama saya untuk abang. Abang ada buat Talim dalam rumah. Baca Al Quran dan Hadis dalam keluarga walau 5 minit dalam sehari?

Belum ustaz..dia terdiam dan sedih..

Soalan kedua abang ada tak periksa fatihah isteri dan anak-anak?

Takde ustaz..

Pernah tak cerita pasal Rasulullah saw pada isteri dan anak-anak?

Takde ustaz...

Pernah tak doa dalam bahasa melayu minta keluarga aminkan. Isteri dan anak aminkan...minta isteri jadi penyejuk mata. Minta Allah beri anak jadi penyejuk mata. Qurrata a'yun.

Belum ustaz..

Jadi semuanya bermula dari diri kita. Bila kita kata saya salah dalam keluarga. Kita ketua keluarga kena belajar cakap saya salah..baru kita akan baiki diri kerana Allah. Kita tahu diri kita sendiri. Jujur melihat diri sendiri. Saat kita perbaiki diri ikhlas. ALLAH akan baiki keluarga kita.

Ada menteri bisik dengan saya, katanya rakyat kurang bersyukur. Semua rakyat tak tenang..

Saya kata padanya bukan rakyat. Cukup katakan.'saya' yang tak tenang. Rasulullah saw manusia bahagia dan bawa bahagia ke mana sahaja beliau pergi. Jangan salahkan orang lain..La ilaha illa anta subhanka inni kuntu minazzolimin. Ini semua dosa dan kezaliman diri saya sendiri..

Ditakdirkan jadi pemimpin keluarga kita kena sentiasa tanya apa Allah nak saya lakukan. Buat untuk Allah sayang. Bukan apa saya patut dapat dari menjadi ketua keluarga. Begitu juga isteri dan anak-anak. Sentiasa tanya apa Allah nak..perintah Allah..juga sentiasa perbaiki diri sendiri..

Disitulah bermulanya episod bahagia dalam hidup ini.

Abang tadi menangis...terima kaseh ustaz..

Allah sayang abang. Kerana itu dia temukan kita di sini waktu malam begini..dia tahu. Allah sayang abang..-ebit lew

#isterikuBidadari

Merawat sakit sendi dan gout



Amalkan 3 bulan sekali...insyaAllah baik untuk merawat sakit sendi dan Gout

Bahan-bahan..

sebiji Nenas
sebatang lobak putih 250 gram
3 biji buah keras

Blend semuanya..

Awal2 minum 3 bulan sekali..

Selamat mencuba, yang pasti selamat sebab semua bahan mempunyai khasiat..

Kredit: Kak Zizie

Wahai insan istimewa-insan yang sedang diuji



Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.

Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.

Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.

Maka, muhasabahlah.

Wahai calon penghuni syurga,

Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2)

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.

Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.

PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna.

Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Wahai sekalian sahabatku yang sedang memperbaiki diri dan memperbaiki iman. Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah.

Dia beri kau nikmat sepasang mata, kerana kau pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
Dia beri kau nikmat sepasang kaki, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai kakimu patah dan kau disahkan tidak boleh berjalan lagi?
Dia beri kau nikmat sihat, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir betapa banyak manusia yang sakit dihospital amat menginginkan untuk kembali sihat?
Bahkan, Dia juga beri kau nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.

Tapi sayangnya, kau selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.

Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.

Percayalah, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita

Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah, Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak sangka-sangka, cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji.

Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.

Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana. Percayalah dengan hebat bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Memberi.

Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.

Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Tidakkah ayat dariNya itu menggugah jiwamu? Belum cukup tergerakkah dirimu untuk mencuba tips yang Allah ajari?

Lihatlah kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu kita belajar..

Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cubalah belajar dari setiap yang kau perhati. Mungkin dari situ kau dapat ingat Dia.

Ingin saya membawa diri saya dan pembaca semua satu analogi. Mudah-mudahan dengan izinNya ada sedikit kefahaman kita mengenai ujian dalam kehidupan ini.

Kita bayangkan sebuah rumah. Dalam pembuatan rumah sahaja mengambil masa untuk siap. Perlu ada duit (peruntukan kewangan) untuk membeli bahan-bahan seperti simen, paku, pasir, dan sebagainya.

Prosesnya juga banyak dan pelbagai, susun batu bata, mengecat, pasang mozek, dan sebagainya. Kadangkala tukang buat rumah itu berhenti seketika, mungkin sebab panas, penat dan ingin berehat sebentar.

Dan mungkin ada ketika tukang itu tidak dapat bekerja kerana hari itu hujan lebat, dia minta cuti, dia sakit dan bermacam-macam lagi.

Lihat. Untuk membuat rumah saja, mengambil masa dan ada proses-prosesnya  yang harus dilalui. Tersalah sedikit, akan memberi kesanlah kepada rumah kita, kan.

Begitu juga kita dalam kehidupan ini. Mungkin ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kita agar kembali kepadaNya.

Allah beri tempoh yang tertentu untuk kita lalui ujian ini. Pelbagai cara yang kita usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis orang yang kita jumpa.

Mungkin ada masa kau terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya, mungkin ada masa kau mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit dari rasa keputus asaanmu.

Ada masa kau mampu bertahan, namun ada masa kau rebah, tidak tertahan dan airmatamu pun tumpah membasahi pipi. Kau menangis semahumu, kau berdialog semahumu.

Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang kau lakukan termasuk yang terlintas dihatimu semasa mendepani ujiannya ini. Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.

Dan ada ujian yang lain menanti pula.

Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah.

Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan dalam hidupnya samaada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusuhan, dia semakin dekat dengan pencipta, dia semakin ingat Dia dan sekaligus berazam untuk kembali kepadaNya.

Amat rugilah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama. Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu dan ini.

Ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan itu adalah sunatullah dalam kehidupaAllah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat.

Mahu ataupun tidak mahu, kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang medatang. Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?

Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang.

Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita bersebab.

Mungkin dengan ujian yang hadir itu, Allah nak angkat darjat kita, Allah nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala pada kita.

Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya.

Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan didunia dan di akhirat,

Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan Allah. Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu segalanya dengan Dia.

Usahakan untuk perbaiki iman. Solat jangan tinggal dan usahakan solat diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba buat ibadah yang kau tak pernah buat/ tak biasa buat seperti solat tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya.

Dari situ, insya-Allah kau akan terdidik sedikit demi sedikit untuk kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu.

Dari situ kau akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya. Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik.

Saya rasa ada benarnya ayat ini:

“Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”

(Afdholul Rahman, LangitIllahi.com)

Santapan Rohani untuk anak gadisku


💕💕💕💕💕

Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.
Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)
Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.
Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.
Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"
Anaknya mengangguk.
Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."
Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.
Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."
Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."
Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."
Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."
Anak: "Tak faham."
Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."
Anak: "Hm.."
Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak: "Adoilah."
Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"
Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."
Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.

SILA KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA.

#SampaikanWalauSepotongAyat
#SemogaBermanfaat
#SantapanRohani

Hidup vs sedekah



1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam Dunia
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka

2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hidup di alam rahim sehingga 9 bln.

3.Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bagaimana)  
- amalan & masa depan ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.

4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian

6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..

8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kecelaruan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian  bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..

11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..

13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.

14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj

15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..

16Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
17Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt  bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah ahli keluargamu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam ' kuasa Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.


Syair imam syafi'i r.a



SYAIR IMAM SYAFI`I RAHIMAHUMULLAHU TAALA

ILAIKA...

Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai tuhanku,
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha Pemberi dan pemurah,

Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku,
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu,

Hanya engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini,
Bila Engkau belas dan Engkau ampun itu kebaikanMu dan kasih sayangMu,

Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah,
Dan memang selamanya Engkau yang memberi anugerah dan nikmat itu kepadaku,

Semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku,
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu,

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan,
Kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku,

Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa,
Sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku kedalam neraka,

Dia menjadi ramah ketika mengingati TuhanNya
Tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu,

Dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku,
Cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan,

Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu,
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar,

Di saat aku jaga aku rindu, dan disaat aku lelap aku berharap,
Yang selalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini,
Dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya)..

*(antara bait2 syair Imam Syafie ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir)

Saturday 24 December 2016

Hidup ini satu perlumbaan vs perjalanan


Hidup,
Ianya penuh misteri
Tidak siapa yang tahu
Dari lubuk isi hati
Hingga pancaran matamu

Hidup,
Di sini tempat persinggahanku
Tempat yang abadi di sana nanti
Amal dan ilmu kucurah padamu
Buat bekalan akhirat abadi

Sahabat,
Andai dulu kita pernah bertemu
Saling sayang saling rindu
Bertemu dalam majlis ilmu
Tapi suratan ilahi kau pergi dulu

Sahabat,
Aku amat terkejut menerima perkhabaran itu
Aku berdoa moga kau bahagia
Tenang di sana
Hanya doa mampu kuutus buatmu

Hidup,
Hiduplah sebagaimana pon kamu mahu
Cuma ingat! Yang kekal abadi
Di sana nanti.

Sesungguhnya hidup ini satu perlumbaan
Bagi mereka yang inginkan kekuasaan & kemenangan
Tapi,
Hidup ini satu perjalanan
Bagi mereka yang inginkan ketenangan & kedamaian.



Nukilan rasa,
Nurulhuda hayati
24.12.2016 kubu gajah,selangor

Friday 9 December 2016

Persidangan Buku antarabangsa 2016


Subjek
: Jemputan Menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016 (MAPIM) - Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)
Assalamualaikum  & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Penerbit IIUM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia kali ke-8, butir-butir seperti di bawah: 
Tarikh
14 – 18 Disember 2016

Tempat
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Bersempena itu, YPBN juga akan menganjurkan:
  1. Persidangan Buku Antarabangsa pada 14 – 15 Disember 2016
  2. Majlis Anugerah Buku Negara pada 14 Disember 2016
  3. Ekspo Industri Kreatif  pada 14 – 18 Disember 2016 
  4. Malam Gala Anugerah Telenovela pada 17 Disember 2016
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya memohon sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selaku penggiat industri perbukuan Malaysia untuk turut serta menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 
Setiap penggerai yang mengambil bahagian juga diwajibkan menghantar wakil untuk menyertai program ini.
Bersama ini dilampirkan borang penyertaan. Borang yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah diemail dengan kadar yang segera untuk mengesahkan kehadiran kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya." target="_blank">secretariat.ypbn@gmail.com atau faks ke 03-20786101. Penyertaan adalah percuma sahaja.
Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang bersejarah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan industri perbukuan di Malaysia.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-
1. Pn. Maznah Awang
    Tel : 012-652 4501
    Emel : maznahypbn@yahoo.com
2. Pn. Rushanim Rushdi
    Tel : 019-311 8801
    Emel : rushanimypbn@yahoo.com

Keterangan lanjut layari; 

Monday 5 December 2016

Aku belajar



I like this.....
please read
*Saudara2ku, ini ada Renungan yang Menyejukkan...*

*Aku belajar dgn lebih banyak diam,* daripada lebih banyak bicara...

*Aku belajar bersabar* dari sebuah kemarahan...

*Aku belajar mengalah* dari sebuah keakuan,

*Aku belajar tersenyum* dari suatu kesedihan...

*Aku belajar tegar* dari suatu kehilangan...

*Hidup adalah BELAJAR.....*
*Belajar bersyukur* meskipun tak puas...
*Belajar ikhlas* meskipun tak rela....
*Belajar taat* meskipun berat...
*Belajar memahami* meskipun tak sehati...
*Belajar sabar* meski terbebani...
*Belajar memberi* walaupun tak seberapa ....
*Belajar mengasihi* meski tersakiti....
*Belajar tenang* meski gelisah...
*Belajar percaya diri* meski sulit...
*Belajar tabah* meski ujian banyak menerpa...

Aku belajar...
_*bahwa tidak setiap saat hidup ini indah,*_  kadang ALLAH  menyapaku melalui berbagai cara.
Tetapi aku tahu bahwa DIA tidak pernah meninggalkanku,
*_Sebab itu aku belajar menikmati hidup dengan bersyukur..._*  

Aku belajar....
*_bahwa tidak semua yang kuharapkan bisa menjadi kenyataan,_*
kadang ALLAH  membelokkan rencanaku KARENA TAK SESUAI DENGAN RENCANA-NYA.
Tetapi aku tahu bahwa itu lebih baik dari yang mampu  kurencanakan,
sebab itu aku belajar menerima semua itu dengan sukacita.  

Aku belajar....
_*bahwa ujian itu  pasti datang dalam hidupku,*_  karena Allah *pasti* menguji hambaNYA yang beriman...

*_Aku tak mau dipengaruhi setan untuk marah dan emosi,_*
aku tak mau menyalahkan orang lain,
juga tidak mungkin aku berkata "ALLAH" tidak adil.
Karena aku tahu bahwa semua itu tidak akan melampaui kekuatanku,

*_sebab itu aku belajar menghadapinya dengan sabar dan tawakal...._*

Aku belajar....
*_bahwa tidak ada kejadian yang harus disesali & ditangisi_*, karena semua adalah rancangan-NYA yang indah.

Maka dari itu aku belajar bersabar, bersyukur & bersukacita dalam segala perkara.
*_Karena semua itu menyehatkan jiwa & menyegarkan hidupku..._*  

• Ketika "Kaki" sudah tak kuat berdiri... *"BERSIMPUHLAH"*...

 • Ketika "Tangan" sudah tak kuat menggenggam... *"LIPATLAH"...*

 • Ketika "Kepala" sudah tak kuat ditegakkan... *"MENUNDUKLAH"...*

 • Ketika "Hati" sudah tak kuat menahan kesedihan, *"MENANGISLAH "...*

• Ketika "Hidup" sudah tak mampu untuk dihadapi, *"BERSABARLAH",* *"BERSUJUDLAH ",

*_Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.…_*
(QS Al Baqarah [2] ayat 153)

# Ingatlah saudaraku...

*Semoga kita mampu merasakan cintaNYA...*

Thursday 1 December 2016

Tukar Jawapan=UBAH



..TUKAR JAWAPAN..UBAH
1. Asal:~ Aku takde duit nak berniaga.
Ubah: Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.

2. Asal:~ Aku mana ada bakat berniaga.
Ubah: Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.

3. Asal:~ Keluarga aku mana ada berniaga.
 Ubah: Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.

4. Asal:~ Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
Ubah: Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.

5. Asal:~ Aku takut gagal, tak laku dan malu.
Ubah: Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.

6.Asal:~ Aku takut sombong bila kaya.
Ubah: Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.

7.Asal:~ Aku banyak hutang.
Ubah: Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.

8.Asal:~ Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
Ubah: Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.

9.Asal:~ Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.
Ubah: Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.

10.Asal:~ Bila masa sesuai untuk berniaga?
Ubah: Sekarang masa sesuai untuk bermula.

 Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.