Pages

Sunday 1 January 2017

Lagenda Pulau Dayang Bunting,Langkawi


1#LAGENDA_PULAU_DAYANG_BUNTING, LANGKAWI

“Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Pulau ini terletak 20 km dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.

Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk – lalu dinamakan langsuir.

Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.

Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.”

(Sumber: www.tourism.gov.my)

SELAMAT BERCUTI
-------------------------------

 


No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com