Pages

Monday 13 February 2017

Binatang paling miskin

Binatang yg paling miskin.
--------------------------------

Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam. Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut. BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Punca nya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR. Kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.

Telur AYAM goreng dikatakan MATA LEMBU. Lembu dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.

Nasib kau lah wahai ayam.😅😅😅
 Tahun ini tahun ayam..  Hehehe.

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com