Pages

Tuesday 28 March 2017

1 Rejab


*1 REJAB 1438H = 29 Mac 2017*

*اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ*
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

*#1 – Apa Maksud ‘Rejab’?*

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

*#2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?*

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

_“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”_
Surah at-Taubah:36

*#3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?*

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.

Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

*#4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?*

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;

“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

*#5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?*

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

_“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”_
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

*#6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?*

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk merebut keistimewaan bulan Rejab yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

Lelaki tua & selimut

Sebuah cerita yg sangat menyentuh & inspiring !!

Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....

Pemilik kedai: '' _Mahu cari apa pakcik_?'', bertanya ramah.

Lelaki tua: '' _saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi...._'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: '' _Tapi kenapa pakcik_?''

Lelaki tua: '' _Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin_.''

Pemilik kedai: '' _Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai_.''

Lega...🌟💫
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya pulang.

Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:''
_adakah kamu tersilap?  Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada dikedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?_'' katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata: '' Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.

Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.

Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka..._''

Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa  membuat orang lain berasa rendah diri.

Friday 10 March 2017

Amal walau sebotol air



Hari ini projek sedekah Ikhlas berada di Masjid Bandar Baru, Sg Buloh pula.

Alhamdulillah, selesai projek hari ini di Masjid Bandar Baru Sg Buloh, Selangor.
Terima kasih kepada dermawan2 pada kali ini. Semoga tercapai segala hajat dan impian anda berkat sedekah pada hari Jumaat ini!!!aminn.

Harga untuk sebungkus Nasi lemak hanyalah RM1.00 dan sebotol air minuman RM0.80 shj.

#projeksedekahikhlas
#kembarahayati
#ikhlasdarihati
#nakkayabanyakkansedekah
#nasilemaksatria

Jika ingin bersama2 kami dalam projek ini, boleh wasapp ke
no.019-4741493 huda.

Buat masa sekarang, lokasi yang dipilih ialah masjid dan maahad tahfiz.



Thursday 9 March 2017

Kata-kata hikmah untuk anda yang bergelar usahawan

KATA-KATA HIKMAH UNTUK ANDA YANG BERGELAR USAHAWAN

1⃣ Berniaga adalah satu proses yang panjang dan ambil masa.
Anda tidak akan kekal lama jika baru berniaga sudah nak jadik kaya!!!

2⃣ Berniaga ada fasa!!
Restart from zero walaupun dulunya anda seorang CEO, PROFFESOR @ CHEF CELEBRITY @ EXECUTIVE CHEF !!!
Jangan dok kenang yang dulunya anda jaguh dunia!!
Be Reality, anda bermula dengan takde apa-apa ... So berpijak di bumi nyata!!!

3⃣ Kegagalan satu pengajaran!!
Senyum dan kenang kegagalan itu kerana ianya asbab anda berubah menjadi nyata!!

4⃣ Fasa Berniaga bermula dari apa yang ada, Usah nak tunggu semua yang ada dek gahnya nak nama baru nak mula!!!

5⃣ Rasai masa bermula, merangkak, bangun, jatuh sekejap, berdiri, jalan dan berlari barulah jadi usahawan sejati !!!

6⃣ Berani ambik peluang walaupun ada ketika kita rasa macam berdebar-debar!!!
Peluang datang dan pergi dan masa tak boleh cari ganti...

7⃣ Setiap orang ada masa 888!!
  8 jam tido !!!
  8 jam kerja !!!
  8 jam rehat !!
Jika nak maju, sila korbankan salah satu dari 8 jam itu.!!

8⃣ Berniaga ada seni!!
Adakala anda jadi panglima perang, adakala jadi raja, adakala jadi hamba, adakala jadi cooly saja

9⃣ Istiqamah!!!
rezeki pasti ada, cuma bersabar dan TAHAN!!
Ada ketika didatangkan rezeki tak sangka2 selepas bertahun berusaha!!

🔟 Berniaga biarlah kita dekat di hati pelanggan. pelanggan membeli dek jatuh cinta pada kita bukan sebab kita hensem rupawan!!
tetapi keikhlasan kita tertawan di hati mereka...

1⃣1⃣ Bersabar.. positifkan minda anda.. biar pun anda dikutuk.. dikecam.. dihina.. bila kita berjaya.. pasti ada suara2 sumbang di blkg anda.. kuatkan semangat untuk terus melangkah.. melangkah kehadapan dgn jayanya..

SEMOGA BERJAYA

======

Kredit to  Info Karnival Dan Event Malaysia


Tuesday 7 March 2017

NAFSU TERSEMBUNYI


*NAFSU TERSEMBUNYI..*

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku harus menafkahi seorang isteri dan seorang anak.
Lilitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan pulang,
aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tak terdaya terlalu lama menahan rasa lapar yang melilit diri.
Tolong beri dia sesuatu yang boleh dia makan.
Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang takkan kulupakan sepanjang hayat.

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tak sesen pun dinar atau dirham kumiliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tak dapat membendung air matanya(menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku,
sementara beban hidup terus bergelutan dipikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini di sebuah dinding, sambil terus memikirkan rencanaku menjual rumah.
Dalam posisi seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”,
jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang punya hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu,dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap.
Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu.Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.

Bisnesnya meningkat jaya.
Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi,
berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan niaganya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu,
berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, santunan dan berbagai bentuk amal solih.

Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solihku.

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang orang SOLIH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.
Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.

Aku juga lihat, badan mereka membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah,
isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan,
sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkn satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku.
Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solih.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku mendengar suara,
“Masihkah orang ini punya amal baik?”
“Masih...”,
jawab suara lain. “Masih berbaki ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku,
sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak
turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukkanku.
Tak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

*Payahnya IKHLAS*😭😭

Allahuakbar!!!aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku,keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.

Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab"KISAH TAULADAN"
"Ar-Rafi’i dalam  Qalam (2/153-160)".

semoga bersama kita beroleh manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah

Oleh Abu Musoddiq

Semoga kita amalkan dan sampaikan kpd orang lain...

IKHLASKAN DIRI KERANA ALLAHswt..❤

*Pesan Pada Hati❤*

Monday 6 March 2017

Daku hanya ada sebilah kapak

DAKU HANYA ADA SEBILAH KAPAK

Alkisah seorang ahli perniagaan telah menulis satu surat wasiat : "Barang siapa yang dapat menjagaku di dalam kubur setelah aku mati nanti akan kuwarisi separuh dari harta peninggalanku". Lalu ditanyakanlah hal itu pada anak-anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Namun anak-anaknya menjawab, "Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah karena pada masa itu ayahpun sudah menjadi mayat".

Selang keesokan harinya permintaan yang sama diajukan kepada semua adik-beradiknya, namun jawapan mereka juga mengecewakan ahli perniagaan tersebut.
Akhirnya ahli perniagaan tersebut bertekad dengan memanggil pengurus peribadinya bagi membuka tawaran tersebut keseluruh negeri.

Akhirnya sampai jugalah pada hari di mana ahli perniagaan tersebut kembali ke Rahmatullah. Kuburnya telah dihias dengan megah laksana sebuah bilik istirehat mewah lengkap dengan semua kemudahan asas.

Di saat-saat akhir persiapan pengkebumian tersebut seorang tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil peluang ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sukarnya menjaga mayat tersebut selama 40 hari jika dibandingkan dengan sukarnya kerjamu ketika menebang kayu di dalam hutan dan bertemu harimau dan hantu penunggu hutan.

Mendengar kata-kata isterinya itu tukang kayu tersebut segera datang ke rumah ahli perniagaan tersebut untuk memberitahu kepada ahli waris ahli perniagaan tersebut akan kesanggupannya. Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah ahli perniagaan dan Si tukang kayu itu pun ikut turun ke dalam liang lahat bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para pengantar jenazah meninggalkan kawasan pemakaman tersebut, maka datanglah Malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. Si Tukang kayu menyadari siapa yang datang maka Ia segera agak menjauhkan diri dari mayat ahli perniagaan tersebut. Terdetik di fikirannya bahwa sudah tiba saatnya Sang Ahli Perniagaan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir.

Tetapi yang terjadi sebaliknya, Mungkar dan Nakir malah menuju ke arahnya dan bertanya "Apa yang kau buat di sini" ?. Aku menemani mayat ini selama 40 hari untuk mendapatkan setengah harta wasiatnya" jawab si Tukang kayu. "Apa harta yang ada pada kau sekarang"? Lanjut Mungkar-Nakir.

"Aku cuma memiliki sebatang kapak ini saja untuk mencari rezeki" Balas si tukang kayu. Kemudian Mugkar-Nakir bertanya lagi "Dari mana kau dapat kapak ini" ?. "Aku membelinya" balas si tukang kayu. Lalu pergilah Mungkar dan Nakir dihari pertama dari dalam kubur tersebut.

Hari kedua Mereka datang lagi dan bertanya "Apa yang kau buat dengan kapak ini"?. "Aku menebang pohon untuk dijadikan kayu bakar untuk dijual" balas tukang kayu. Di hari ketiga di tanya lagi "Pohon siapa yang kau tebang dengan kapak ini?. "pohon itu adanya di hutan belantara maka tidak ada yang punya" timpalnya. "Apakah kau yakin" balas malaikat. Kemudian Mereka menghilang dan datang lagi dihari ke empat.

Kemudian Mereka bertanya lagi "Adakah kau potong pohon tersebut dengan kapak ini dengan ukurannya dan beratnya yang sama untuk dijual?. "Aku potong agak-agak saja, mana mungkin ukurannya boleh sama rata" tegas tukang kayu. Begitu terus yg dilakukan malaikat Mungkar Nakir datang dan pergi sampai tak terasa sekarang 39 hari sudah dan yang ditanyakan masih berkisar kepada kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang kayu tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir "hari ini aku akan kembali bertanya soal kapak ini". Belum sempat Mungkar dan Nakir bertanya, si tukang kayu tersebut dengan segera melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.

Ternyata di luar sudah banyak orang yang menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut. Namun si Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah semua bagian harta wasiat tersebut oleh kalian karana aku sudah tidak menginginkannya lagi.

Sampai di rumahnya si isteri pun berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan ahli perniagaan tersebut. Maka si tukang kayu menjawab "Aku tidak menginginkannya lagi, di dunia ini harta yg kumiliki padahal cuma semata kapak ini, tapi malaikat Mungkar dan Nakir sampai 40 hari mereka bertanyakan dan persoalkan mengenai mengenai kapak ini. Bagaimana jadinya kalau hartaku begitu banyak, entah berapa lamanya dan bagaimana aku bakal menjawabnya"

-----------
Kisah diatas mungkin sesuatu yang direka jalan ceritanya tapi iktibar dan pengajaran darinya adalah teramat besar dan berdasarkan sebuah kenyataan berkenaan perhisaban dan perhitungan harta.

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad SAW bahwa beliau bersabda, "Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara yaitu umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya & kemana dibelanjakannya & ilmunya sejauh mana diamalkan?" (HR. Tirmidzi)

C&P

SILA SHARE DAN SEBARKAN

11 Kunci untuk dapat hati senang dan jiwa tenang

*KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG*

1. *TIDAK MEMBENCI*
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. *TIDAK MERUNGUT*
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. *BERSEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. *BERSANGKA BAIK*
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. *SELALU  SENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. *SELALU  MEMBERI*
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. *DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. *TIDAK BERDENGKI & IRI HATI*
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. *MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. *HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

11. *SOLAT DAN BACA QURAN*
Jangan pernah putus  untuk baca quran dan solat.di situ letaknya ketenangan ...

Saturday 4 March 2017

Nabi Muhammad idola ummat

💠 *بسم الله الرحمن الرحيم*💠

```Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya```

💠💠💠💠💠💠

```Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

💠💠💠💠💠💠

```Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

💠💠💠💠💠

```Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu``

💠💠💠💠💠💠

```Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & itu bagai cas positif yang menguatkan aku !```

💠💠💠💠💠💠

*Assalamualaika ya Rasulullah*
*Assalamualaika ya habiballah*

ﷺ💠💠💠💠💠


*Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti*

*Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah*
 *Muhammad s.a.w*
*اللهم صل على محمد وآل محمد*

💠💠💠💠💠💠

Thursday 2 March 2017

Andai ini takdirku

Andai ini takdirku..
---------------------

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!

Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.

Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...

P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..

SHARE UTK SALING INGAT MENGINGATI

Renungan untuk orang PENCEN


Assalamualaikum sahabat2..
Eloklah sama2 kita ingat mengingati dan nasihat menasihati..

Ramai antara kita yang dah lama   pencen, baru pencen dan juga yg akan berpencen..

Boleh renung2 kan plan dibawah ni sebelum kita yang pencen atau yg akan berpencen tidak menderita hidup kita sebab tidak merancang!

Kalau derita sekadar didunia ini tidaklah mengapa tetapi yang kita semua takuti adalah derita dunia dan akhirat.

Justeru, dengan pengalaman kawan kawan senior saya dan juga nasihat dari para Tuk Tuk Guru, saya panjangkan planning saya ini untuk sahabat2 semua.

Diusia pencen ini tak usah lah sibuk nak bela kucing, atau cari Pokemon dan ralit main  facebook atau apa saja yang tak faedah.

Badan dah nak mati tu elok lah buat plan ibadah agar mati dalam akidah/ibadah yang betul.

Kalau di KL dan Selangor ni banyak majlis ilmu. Oleh itu mengajilah. Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak sekolah dulu.

Cadangan saya ;

1. Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid. Ini untuk memastikan aqidah kita benar dan betul sebab kalau aqidah kita salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan termasuk golongan neraka. Akidah lah kunci syurga.

Selain itu mantapkan ilmu feqah dan tasauf.

Jangan asyik nak belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar.

Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak der siapa nak dengar suara tua kita yang merdu tu. Yang penting banyak tadabbur quran dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. Banyakkan taubat. Taubat tak kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan dimekah saja. Kita ni banyak dosa. Oleh jangan abaikan taubat walau sehari.

3. Perbaiki ilmu solat agar betul. Jangan pulak masa terluang yang banyak tu kita asyik nak tengok drama bersiri dan drama cinta, Sayangku kapten mukhris atau hindustan dan yang lain lain pulak. Ingat, kita semua dah kerepot. Tak ada siapa nak main cinta dah!

4. Dapat duit pencen tu, jangan sibuk nak shopping bergaya macam orang kaya kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 tahun lagi. Dan jangan pulak asyik belikan cucu cucu baju pulak. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit tu untuk settle  fidyah puasa dan qodha puasa kita. Itu semua hutang kita pada Allah. Dan jangan lupa pulak hutang pada manusia yang belum kita bayar. Jangan nak lupakan pulak.

5. Kalau belum ke Mekah dan ada duit gratuiti tu, pergilah ke Mekah dan jangan sibuk nak renovate rumah. Duduk lah rumah yang ada tu seada nya. Kalau nak repair pun repair bumbung saja sebab takut kita kena hujan. Tentukan mengambil bahagian dalam ibadah Korban setiap tahun walaupun satu bahagian.

6. Banyakkan sedekah jariah dan juga wakaf. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah tu maksudnya sedekah pada orang nak buat masjid ke, pondok ngaji ke dan sebagainya. Sedekah jariah itu nanti akan mengalir pahala nya bila kita dah dikambus tanah nanti.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat senaman dan juga jangan lupa check up hospital selalu. Supaya kita tak sakit dan menyusahkan anak anak nak jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan mereka sendiri. Kesian dekat anak anak. Dan kalau tak sakit, mudah nak buat ibadat kita.

8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama.

9. Jangan jadi kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak anak durhaka ini suka landingkan anak anak mereka pada kita untuk kesenangan mereka melaram pergi kenduri kawin dan shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan hal2 penting sebagainya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. Jangan sesekali terlibat dengan bisnes dah! Cukup lah pencen dan simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni, sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner atau pak guard lah sampai mati.

11. Berhati hati bagi anak pinjam duit kita untuk perkara yang tidak penting bagi mereka. Kalau penting sangat tu boleh lah beri tapi pastikan mereka bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sekali kita diperbodohkan.

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan seperti mana kita dulu yang sanggup ikat perut nak besarkan mereka. Terkadang anak dan menantu kita ni mereka hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa pikir masa depan anak anak mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal mahal. Kalau boleh perhatikan mereka dan nasihatkan mereka.

12. Berziarahlah kawan kawan dan sedara mara kita, sebab usia kita pun tak panjang. Apa lagi mungkin kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu ini lah masanya kita tebus segala dosa kita agar kita selesaikan semua urusan dengan manusia bila mati nanti.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup dihari tua. Ujian macam kelkatu. Banyak ingat Allah dan baca quran. Agar kita selalu tenang hingga lah bertemu Allah.

Rasa2 macam plan ini boleh di menafaatkan... boleh teruskan. Tapi kalau  rasa macam tak mengikut citarasa sahabat2.. Abaikanlahh..

Saya pun ambil Plan ini drp Hamba Allah yg bukan bergelar PAKAR MOTIVASI. Waullahualam. 🙂

Pesta Buku Selangor 2017


Pesta Buku Selangor menjelang lagi..mari-mari pesta buku kembali lagi. 30Mac 2017--9 April 2017 bertempat di SACC . Marilah peminat-peminat Ilmu sekalian ke pesta berkenaan. Jumpa anda di sanaaaaa.

#kembarailmu
#kembaraHayati