Pages

Saturday 29 April 2017

kelebihan Lemon Garlic

Harga RM120 hubungi Huda 019-4741493


testimoni pengguna Lemon Garlic Pesona

Thursday 13 April 2017

Pakej lawatan ladang arnab

Pakej lawatan ladang arnab


Assalamualaikum peminat-peminat arnab sekalian...

Pakej Lawatan Ladang Arnab Bukit Badong LABB (RM 10 seorang)

- lawatan 3 jenis taman (Taman Arnab, Taman Aviari, taman kura-kura)
- 15 jenis baka arnab
- 20 jenis haiwan pameran
- breakfast (minuman free flow sepanjang program)
- PERCUMA 1 guru pengiring utk 10 pelajar
-  jangkamasa lawatan 2 jam

Program Tambahan
□ Makan tgahri
□ Sukaneka LABB
□ Explorace Kembara Alam
□ Lawatan kejiranan LABB (boleh runding)
    - Fruit Valley
    - Ladang Nangka
    - Kilang pemprosesan makanan

Hubungi saya untuk rundingan:huda 019-4741493

Zaidi Omar -pelakon pon dah melawat

Viral sebagai salah satu daya tarikan pelancongan di Malaysia

Keratan akhbar Berita Harian

Banyak pengalaman dan ilmu bolen diperolehi di sini

Wednesday 12 April 2017

Indahnya pengakhiranmu

Sekadar Berkongsi.....
*Kopipes dari grup sebelah*

Alhamdulillah... grup kami selamat tiba di KLIA pg ni...10.20pg 8/4/2017... setelah 12 hri menjadi tetamu Allah di bumi Mekah & Madinah....

Masih sedih dgn kehilangan seorang jemaah kami yang dijemput Allah dlm keadaan yg amat mulia... pergi 30 org... balik 29 org...

Arwah (Perempuan, 60 thn) dijemput Allah di pg subuh
6/4/2017 dibumi Madinah... selepas hilang selera makan beberapa hri...

Jenazah diuruskan dgn baik oleh mutawif kami dibantu oleh wakil sykt umrah disana & pihak kedutaan...

Arwah dimandi, dikapan & disolatkan di Masjid Nabawi dan dikebumikn di perkuburan Baqi'...(sesuatu yg amat diingini oleh umat islam)

selesai dimandikn & semasa dikapankan.. Seorng hamba Allah (org Arab)meminta izin waris untuk mengebumikan mayat seorang bayi bersama2 arwah (mayat bayi diletakkan dlm dakapan arwah) dan dikebumikn dlm satu liang... dan dikebumikn pada malam jumaat...

Para jemaah yg bersama kami amat terharu & menangis bila diceritakn oleh mutawif & waris arwah...(proses mandi & kapan mayat hanya waris & mutawif shj dibenarkn masuk)....

Bila semua urusan jenazah selesai... sy masih terfikir2... APAKAH yg dilakukan oleh arwah semasa hidupnya sehinggakan Allah SWT MEMULIAKAN arwah seperti sebutir bintang yg amat bercahaya dilangit luas... Allahurabbi...

Pg Jumaat keesokkannya...7/4/2017... Ketua jemaah kami & mutawif meminta semua jemaah berkumpul di hotel untuk taklimat ringkas (petang jumaat berlepas ke malaysia)

Majlis taklimat digunakan oleh mutawif kami utk bercerita panjang lebar mengenai kehidupan arwah semasa hidupnya...

Arwah BERBAKTI KEPADA ORG TUANYA SENDIRI... DAN BERBAKTI KEPADA IBU MAJIKANNYA (menjaga dan menguruskan smpai meninggal) dan KERANA urusan tersebut... Arwah sendiri TIDAK PERNAH kahwin walaupun menginginkan anak sendiri... Allah SWT MEMULIAKAN arwah dgn memberi bayi semasa kematiannya... Allahuakbar...
(Mutawif & ramai jemaah kami adalah sekampung dgn arwah & amat mengetahui kebaikan arwah)...

Pengalaman ini, amat mahal bg kami & amat menginsafkan... dan kami merasakn telah mengiringi seorang Hamba Allah yg amat mulia  (walau tidak setaraf Uwais Al Qarni)...

SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI ARWAH DAN KITA SEMUA...
BERBAKTILAH KPD IBUBAPA...
Wallahuaklam...

Saturday 1 April 2017

Kelebihan Solat Dhuha


-----------------------
SOLAT DHUHA
-----------------------

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakannya

#1 Dosa terampun
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
HR Tarmidzi

#2 Orang bertaubat
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
HR Hakim

#3 Tercatat sebagai orang taat
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”
HR At-Thabrani

#4 Masuk syurga dari pintu yang khas
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,
“Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
HR At-Thabrani

#5 Rezeki beres
Allah swt mencukupkan rezekinya.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
HR Abu Darda

#6 Sudah bersedekah
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.
Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.
Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha.”
HR Muslim