Pages

Saturday 10 June 2017

kerepek ubi PESONA



PENGENALAN
 

Famili : Euphorbiaceae
Genus : Manihot
Spesies : Manihot esculenta
Ubi kayu merupakan tumbuhan tropika dan subtropika dan juga makanan tradisi dikalangan masyarakat dunia terutama di kawasan Asia dan Afrika malah kedua kedua benua ini merupakan penyumbang atau pengeluar ubi kayu di seluruh dunia . Sebanyak 76 juta tan metrik ubi kayu dikeluarkan oleh negara ASEAN terutama Thailand dan Indonesia. Pada tahun 2013, negara Thailand menghasilkan sebanyak 29.19 juta metrik ubi kayu dengan tanaman seluas 1.18 hektar tanah manakala Indonesia menghasilkan sebanyak 20 juta metric ubi kayu dengan tanaman seluas 1.05 hektar tanah.
Di Malaysia, tanaman ubi kayu secara komersial ditanam di negeri Selangor dan Johor. Berbanding dengan negara asia lain, hasil pengeluaran ubi kayu sedikit berbanding dengan negara ASEAN lain, akan tetapi hasil produktiviti ubi kayu Malaysia agak tinggi sebanyak 27.5 tan metrik sehektar. Ubi kayu dalam bentuk makanan ringan dihasilkan dan dieksport ke negara seperti Australia, USA, India, Hong Kong dan China.
Ubi kayu merupakan makanan tradisi malah ianya salah satu bahan makanan ruji ketika Asia Tengara terutama negara Malaysia dijajah oleh pihak Jepun bagi menggantikan beras atau gandum yang telah dirampas. Ubi kayu secara tradisionalnya akan direbus atau dibakar dan dimakan bersama kelapa atau sambal belacan. Ubi kayu merupakan tanaman umbisi yang mudah untuk ditanam dan mengambil masa 9 hingga 12 bulan untuk dituai.
Nama saintifik bagi ubi kayu Manihot esculenta ialah dan tanaman ini ditanam secara komersial untuk dijadikan bahan utama bagi penghasilan tepung ubi kayu dan juga monosodium glutamat (MSG). selain itu, ubi kayu juga boleh diproses untuk menghasilkan ethanol dan kanji (industri pembuatan plastik). Kulit ubi kayu tidak boleh dimakan kerana ianya mengandungi asid hidrocianik yang membahayakan kesihatan, maka adalah tidak digalakan untuk membakar ubi kayu sebelum dimakan.
Kajian daripada Jabatan kesihatan Masyarakat UKM mendapati 75% masyarakat orang asli Pos Sinderut, Kuala Lipis menghadapi penyakit beguk akibat amalan pembakaran terus sebelum mengambil ubi kayu sebagai makanan ruji. (Jamal& Zaleha, 2008). Kandungan goitrogen yang tinggi akibat pembakaran karbon di dalam ubi kayu menyebabkan kelenjar tiriod untuk membengkak dan akhirnya menyebabkan penyakit beguk. Sebaiknya ubi kayu perlu dikupas kulitnya dan direbus sebelum dimakan.
Selain dijadikan kerepek, isi ubi kayu juga boleh dimasak sebagai juadah kuih muih seperti bingka ubi dan tapai. Daunnya sering dibuat gulai atau ulam ulaman dan juga boleh dijadikan makanan untuk ternakan seperti kambing atau lembu.
Secara tradisi, daun ubi kayu juga mempunyai pelbagai khasiat bagi merawat pelbagai jenis penyakit seperti demam, sakit kepala, ciritbirit, hilang selera makan dan luka bernanah. Daun ubi kayu akan diambil dan direndam di dalam air panas beberapa minit sebelum ditumbuk halus. Daun tersebut diletakkan dibahagian yang mengalami kesakitan seperti di kepala, perut atau ditempat yang luka. Pokok ubi kayu juga boleh dijadikan kaedah alternatif untuk mengawal pertumbuhan lalang.
             MORFOLOGI POKOK UBI KAYU
Ubi kayu merupakan tumbuhan umbisi yang tertanam dan membesar didalam tanah dan keratan batang ubi kayu yang dikambus mengambil masa 2 hingga 4 bulan untuk berakar dan akhirnya menghasilkan ubi. Ianya tumbuhan yang mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan dan pengairan yang rapi. Ianya boleh tumbuh pada semua jenis tanah dan memerlukan kandungan air yang tinggi pada fasa pertama pertumbuhan akar ubi kayu.
MAKANAN DARI UBI KAYU








kepada peminat kerepek ubi kayu , saya menyarankan bolehlah menghubungi syarikat PESONA yang beroperasi di PKNS SHAH ALAM, SELANGOR. tingkat 01,Lot 114, kompleks PKNS.

Projek Sedekah Ikhlas Ramadhan


Alhamdulillah, projek kali ini disertai dengan beberapa orang sahabat yang ingin bersama-sama merasai kenikmatan sedekah jarian ikhlas ini. barang pengagihan  kali ini ialah 
air mineral dan wang tunai .


masjid yang terlibat :Masjid Jamiul Ehsan Kubu Gajah

 Surau Nurul Iman, Subang Suria

Allahu akbar, tahun ni dapat merasai dan diberi peluang oleh Allah untuk bernafas lagi. sementara waktu yang ada ini, sedikit sumbangan yang dibuat mudah2an diganjarkan oleh Allah dengan ganjaran yang tanpa disangka-sangka.

Bulan barakah bulan Ramadhan ni marilah sama-sama kita merebut peluang menggandakan amal ibadah kita untuk bekalan di sana nanti. Tiada yang terindah untuk kita melainkan sebuah penantian di sana. Di dunia ni hanya pinjaman dan tempat persinggahan sebelum yang abadi kita bakal tempuhi.

Akhir kalam, rebutlah 5perkara sebelum datang 5perkara.

PKNS Shah Alam,Selangor. 

Salam nuzul Al-Quran


Assalamualaikum.

Pejam celik-pejam celik kita telah menghadapi 15 Ramadhan pada tahun 2017 ni. Seperti kebiasaan yang kita tahu, kita rakyat Malaysia menyambut Nuzul Quran pada tanggal 17 Ramadhan iaitu hari Isnin ni. Jadi, persoalannya,apakah cara terbaik kita menyambutnya?

Al Quran ni adalah mukjizat Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s.

Saya doakan saya dan  sahabat2 sekalian dapat mengkhatamkan Al Quran sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ini.

Salam Nuzul Al Quran.


PKNS,Shah Alam
15Ramadhan 1438H
10 Jun 2017