Pages

Saturday 28 January 2017

Walimatul urus di Ampang


 Hari ni dapat peluang berkunjung walimah di Ampang. Walimah rumah dua pupu sebelah suami. Yang bestnya, majlis ni dibuat diperkarangan masjid. Jadi, bila masuknya waktu solat, boleh terus mengerjakannya. Mudah kan.




Gong xi fa cai-2017-year of rooster


Ohhh,selamat malam. Hari ni cuti sempena sambutan perayaan tahun baru Cina. Rupanya tahun ni tahun Rooster (ayam)..ermm.
Baru penulis perasan yang tahun ayam ni ikut kalendar tu tahun ayam.hihi..
Sebut nama ayam ni,memang la sinonim dengan diri penulis. Suka dengar ayam berkokok waktu pagi ,
Dengar lagu ayam bermacam ayam..., ikut kalendar tu lahir thn ayam, kemudian, memang suka makan ayam, n sekarang pengusaha / pembekal ayam segar..ohhh,AYAM.
 Semoga tahun ni beroleh kemakmuran n kekayaan dunia akhirat.

Kedai makan Mek Nab



  Kedai ini terletak di Jalan  utama ke Kubu Gajah, tepi jalan. Jika dari Paya Jaras/subang bestari, kita akan bertemu masjid al-😁Huda di kanan jalan. Selepas itu, terus ke depan dalam 150m, kedai ini terletak di kiri jalan tersebut. Nasi kukus ayam bakar ini amat berpatutan harganya . Silalah ke sana untuk merasainya sendiri.
#jalan2caripeluangmakan

Cara mengubat sakit hati💖


Cara mengubat sakit hati

Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.

Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.

4. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain.

 Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

5. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan,tetapi cukup berat untuk dilakukan.

Semoga ada manfaat

>> pesanan dan peringatan utk diri sendiri <<

Tuesday 24 January 2017

Soalan maut *dunia vs akhirat vs Iman*


*SOALAN MAUT*

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkan jawatan istana dan lain2 yang dimiliki hingga tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , *Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)*

2. Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, *Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)*

Soalan 3, Apa itu iman? Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari. Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:
*"Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.*"



Warisan bonda katering Kota Damansara


#jalan-jalancarimakan
 hari ni berkunjung ke Warisan Bonda Katering stall. Ianya terletak di kawasan industri Kota Damansara, berdekatan pos laju Kota Damansara.


Menu special kat sini setiap Rabu ialah ayam penyet warisan, sup tulang, ikan bakar dan lain2.

Ayam goreng WARISAN KALBU

taugeh WARISAN BONDA

SAMBAL AYAM PENYET BERAPI

Persediaan ayam penyet
Taraaa ikan bakar NGIDAM

deretan makanan tengah hari yang special
Cashier yang ramah

Sup tulang BERASAP
Owner pon turun padang siapkan ikan bakar NGIDAM


Kaunter di tengah2

Monday 23 January 2017

Keberkatan hidup

Ceramah Maulidur Rasul/Ustaz Zahazan/Surau Al Muhajirin
1) Nak dpt keberkatan hidup berkawan dgn org2 yg soleh.
2) Nak tau hubungan kita dgn Allah, lihat bagaimana Allah disisi kita.
3) Baca dan amalkan isi2 dlm kitab Riyadus Salihin karangan Imam Nawawi bagaimana kita nak jadi org yg soleh.
4) 4 perkara yg dpt jadikan iman kita konsisten:
- Ilmu. Cari ilmu agar dtg yakin dlm ibadat.
- Amal. Buat baik walaupun kecil dgn konsisten.
- Zikir. Wirid pg, ptg, selepas solat.
- Fikir. Kenangkan berapa byk Allah dah bg nikmat pd kita. Fikir kebesaran Allah dgn kejadian bulan dan bintang dsbnya. Fikir utk bantu Islam, mcm mana nak cantikkan surau, mcm mana nak bantu jiran/sahabat. Fikir utk bantu org lain, bukan pentingkan diri sendiri. Buat baik byk2. Cinta pd kebaikan. Ini yg Nabi saw tunjuk dan praktikkan.
5) Jaga kambing ada kelebihan pd nabi saw. Kambing adalah binatang yg lemah, jadi nabi saw kena jaga dgn teliti, fikir kedepan apa akan jadi pd kambing jika cuaca hujan dsbgnya.
6) Ilmu tidak pernah mengenal sempadan waktu. Justeru tuntutlah ilmu walau berapa pun umur kamu.
7) Tips org soleh:
- Baca quran dgn tadabbur.
- Mkn mknan yg baik.
- Bykkan beristighfar.
- Rajin2 damping anak yatim. Belai anak yatim dpt lembutkan hati. Ajak anak2 kita pegi mkn dgn anak2 yatim utk didik anak2 kita. Ini tarbiah direct.
8) Libatkan anak2 kita dlm aktvt masjid/surau. Jgn biar anak2 berpeleseran. Disiplinkan anak dgn kerja2 rumah. Suruh anak2 baca quran. Ingatkan anak2 dgn pesanan2 yg baik.
9) Ziarah singapore utk lihat pengurusan masjid yg efisien. Libatkan org muda dlm aktvt masjid.

Saturday 21 January 2017

Hidup kita


Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI...*

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI...*

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH...*

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
*LAUT INI PENUH BERKAT...*

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

* Kita bukan hidup di atas kata sesiapa, namun hiduplah diatas dan mengikut kataNya..

#ustazdasuki

Friday 20 January 2017

Menang vs kalah


Saya tertarik dengan artikel ini. So saya nak kongsi dengan sahabat2, keluarga dan saudara mara tersayang....Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...

Akhir kata & doa dr sy agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm jalan Allah swt..usah bertengkar kpd perkara yg tidak berfaedah.hormati juga pandangan org lain.Jom beramal untuk faedah bersama.lupakan sengketa.Renung2 kan ..

Restoran Tumis Kuala Lumpur


Restoran ini terletak di Bangunan Publika Kuala Lumpur. Owner nya Kak Yani n suami amat peramah orangnya. First time jumpa pon, rasa macam dah 10tahun kenal.
 Makanan yang fomous kat sini namanya pelik2 sikit. Dagingnya nama Daging Maut (pedassss), Ayam Melecur,...Anda yang inginkan kelainan n ingin merasainya boleh la mencuba masakan di sana.

Penulis & owner Restoran Tumis
Daging Maut

Susn atur makanan

Sunday 15 January 2017

Giliran pangkat


setiap orang ada gilirannya untuk sesuatu perkara atau urusan sama ada giliran itu menyeronokkan, menyusahkan, menyedihkan, mahu, tidak mahu dan sebagainya. Kalau hari ini giliran orang lain, suatu hari nanti pasti giliran kita...


🌱🌾SEORANG DEMI SEORANG🌾🌱

1.🌾 SEMASA ZAMAN REMAJA
Seorang demi seorang budak-budak kampung kita keluar meninggalkan kampung. Ada yang meninggalkan kampung kerana bersekolah dan tinggal di asrama. Ada yang menuntut di universiti dan ada yang mencari kerja di bandar. Sampai masanya kita pula mengikut giliran mereka yang terdahulu, meninggalkan kampung kerana menuntut ilmu atau mencari kerja.

2. 🌾SELEPAS TAMAT BELAJAR
Seorang demi seorang kawan-kawan kita memasuki alam pekerjaan di sektor awam atau swasta. Akhirnya tiba pula giliran kita mendapat pekerjaan dan dapat merasai nikmat makan gaji setelah sekian lama menganggur sambil mencari pekerjaan.

3. 🌾SELEPAS BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita menamatkan zaman bujang. Mereka berkahwin dan beranak pinak. Setelah tiba masanya, kita pula mengikut jejak mereka berkahwin dan seterusnya beranak pinak.

4. 🌾SETELAH LAMA BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita yang senior mula bersara. Kita pula sedang menghitung tahun, bulan, minggu dan hari untuk turut bersara seperti kawan-kawan kita yang telah bersara.

5. 🌾DITIMPA SAKIT
Seorang demi seorang, orang-orang yang sihat mulai kurang sedap badan dan ditimpa sakit. Mula-mula sakit ringan dan seterusnya semakin memberat dan semakin uzur sehingga menghampiri kematian. Nanti bila tiba masanya, kita yang sedang sihat tidak mustahil mengalami situasi yang sama dengan mereka yang diuji dengan kesakitan.

6. 🌾TIBA AJAL
Seorang demi seorang, orang-orang yang hidup sama ada tua atau muda, sihat atau sakit pergi menghadap Ilahi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Akan tiba masanya nanti, kita yang sedang menikmati kehidupan di dunia ini turut akan dijemput oleh Allah untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Kesimpulannya, setiap orang ada gilirannya untuk sesuatu perkara atau urusan sama ada giliran itu menyeronokkan, menyusahkan, menyedihkan, mahu, tidak mahu dan sebagainya. Kalau hari ini giliran orang lain, suatu hari nanti pasti giliran kita...

Nurkilan : 🍃Pangkat hanya pakaian🍃

Berhenti mengeluh


Saya tertarik dengan artikel ini. So saya nak kongsi dengan sahabat2, keluarga dan saudara mara tersayang....Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...

Akhir kata & doa dr sy agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm jalan Allah swt..usah bertengkar kpd perkara yg tidak berfaedah.hormati juga pandangan org lain.Jom beramal untuk faedah bersama.lupakan sengketa.Renung2 kan ..

Monday 9 January 2017

Berbaskal untuk ketenangan


Bismillah,
Awal pagi ini penulis tertarik dengan satu tulisan . Penulisan tentang pengembaraan mencari ketenangan dengan basikal.sukacita penulis memetik apa yang ditulis oleh tuan Sam silmi sulaiman dalam fb nyer berbunyi seperti berikut;-

"Cycling is the best way to discover the world" itu kata sahabat saya naza. Naza Ben Ahmad.

"Destinasi itu perkara ke2 om, yang penting bagaimana anda kutip pengalaman disepanjang perjalanan" itu kata seorang lg sahabat riesyam. Riesyam Ishak.

Kedua2 mereka photographer yg hebat. Mereka pencen sbg wedding photographer dikala karier mereka sedang mendaki naik.
"Aku tak tahan, setiap kali aku shoot org kawin, aku terasa mcm mau kawin lg, ini bahaya om" itu alasan mereka.

Kalau ianya berdosa, kedua merekalah yg berdosa meracuni saya dlm aktiviti bicyclet ni.

Kalau dulu dihujung minggu sibuk shoot orang kawin. Sekarang, gerek itulah model mereka berdua.

"Mengembaralah, engkau akan sedar, masih ramai manusia baik diluar sana" Itu mutiara kata dari sifoo khalib. Abdul Khalib Zakaria. Beliau seorang world cyclist, setahun lebih kembara berbasikal mengelilingi dunia.

Betapa pengembaraannya membuka mata beliau, bagaimana orang2 dinegara asing, biar berbeza warna kulit, bahasa dan akidah sangat2 memuliakan musafir. Layanan yang diterimanya dari insan disepanjang pengembaraan sangat terkesan dihati.

Rentetan dari situ, sekarang pintu rumahnya sentiasa terbuka luas untuk pengembara dari seluruh dunia. Dalam dan luar negara untuk singgah dan bermalam.

Biar apapun alasannya, jauh atau dekat, sebentar atau lama, dalam atau luar negara, dengan basikal, motosikal, kereta atau dengan jet persendirian milik negara sekali pun. Yang paling penting, bermusafir seharusnya membuat kita sentiasa mengkagumi berbagai realiti kebesaran Allah yang terhampar di depan mata. Mencari pengalaman, menambah pengetahuan, luaskan pandangan serta menghayati pengajaran.

Merenungi kehidupan ini hanyalah sementara. Hidup didunia ini ibarat perjalanan seorang musafir.

Sesuailah dengan umur dan komitmen yang membelenggu, berkayuh hanya dihujung minggu. Jika ada cuti yang panjang sedikit, jauhlah kita bermusafir. Itupun sudah banyak pengalaman yang dikutip.

Minggu ini, saya bersama riesyam, menyusuri jalan off road melalui tasik-tasik tinggal, bekas lombong bijih timah satu waktu dulu. Semasa muda saya pernah kesini, memancing ikan lampan berumpankan roti. Kalau diikut plan yang asal saya nak tunjukkan keindahan tasik2 ini dengan air yang berwarna hijau pada riesyam. Malangnya sekarang banyak tasik sudah dipagar. Sudah menjadi hak persendirian. Disekelilingnya ditanam dengan kelapa sawit. Kiciwa.

Berpandukan google maps, membawa kami masuk ke kawasan persendirian, kawasan ternakan ayam, lembu,ladang kelapa sawit dan jalan mati. Cuak jugak rasa dihati, takut2 keluar sang babi hutan dari hutan kiri dan kanan jalan. Lega rasanya menemui jalan keluar ke hutan simpan, hutan lipur tupah.

Hutan lipur tupah memang cantik dan terkenal satu masa dulu. Lagipun ia tidak jauh dari Sungai Petani. Tapi sekarang agak sunyi,semenjak ada kes Leptospirosis dulu. (kencing tikus la tu ha ha). Semuanya akibat salah sendiri, kalau pampers anak, bekas makanan dan minuman dibiar bersepah dan dibuang di tebing sungai, bukan sahaja tikus yang kencing, hantu raya pun datang kencing.

Berkayuh di hutan lipur sangat menyenangkan. Tariklah nafas dalam-dalam, sedutlah oksigen bersih panjang-panjang. Pokok2 besar disini sedang memproduksi oksigen bersih untuk kita.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan.

Air jernih yang sejuk, mengalir deras dicelah2 batu, membuatkan jiwa terasa resah kalau tidak berendam lama-lama.

Perjalanan pulang, kami singgah di pekan semeling. Ada street art dilorong belakang.Walaupun lukisannya tidaklah sehebat lukisan Ernest Zacharevic. Tetapi sekurang-kurang mereka ada usaha untuk menarik pengunjung singgah di pekan koboi itu.

“Berkayuh dan bermusafirlah, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnia Nya, nilai agama, iman dan taqwa, bagi hamba yang setia…kepadaNya.” (ini lirik lagu daa, aku tukar part berjalan tu kepada berkayuh, jgn marah aaaa)

Wallahuaklam.

Kredit to tuan Sam silmi sulaiman

Sunday 8 January 2017

Cerita orang kaya


Awak perasan tak? Orang kaya dia ada driver sendiri, sebab dia dekat belakang boleh balas Whatsapp dan buat call penting dalam kereta. Jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya ada personal assisstant, supaya PA dia boleh rekod dan ingatkan apa perkara penting yang orang kaya tu patut buat hari ni. Perkara tak penting jangan ingatkan dia. Jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya ada upah designer, supaya dia tak payah pening-pening nak design logo sendiri, jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya upah tukang masak, tak payah keluar makan, tak payah basuh pinggan, jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya booking meja makan dulu kat restoran, supaya dia datang je makanan semua dah siap. Jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya selalu pakai kredit kad, leceh nak kira cash sekeping-sekeping. Jimat masa dia, zaaaas je kad kredit tu, hujung bulan bayar lah on time.
.
Itu sebab orang kaya kalau naik flight, dia ambil tiket yang first class. Kerusi boleh baring, ada meja untuk menulis yang luas, tidur dia pon cukup. Nak buat kerja bisnes pon selesa. Jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya dia ada team, dia tak run bisnes dia sorang-sorang. Boleh handle shipping, boleh bayar gaji. Boleh handle packaging, Jimat masa dia, dia cuma tengok duit keluar masuk je.
.
Hujung minggu, dia ada masa dengan family dan orang tersayang. Jimat masa dia.
.
# Selamat malam. Awak faham ke? 🙋🏻

IlHAM nasi kukus

 



Petang semalam penulis membawa anak penakan berjalan2 sekitar PJ. Sian dia, x sempat nak g mana2. InsyaAllah,next time kita set lain.
Tengah hari tu pusing2 cari surau dan cari tempat makan. Selesai solat, kita makan dulu. Kita singgah Nasi Kukus Mutiara dulu. Jom layan.

 

Ketika rumah sepi dari tamu

*KETIKA RUMAH SEPI DARI TAMU*

👉Diriwayatkan ada seorang laki laki yang senang bila rumahnya kedatangan tamu. Namun isterinya kerap menunjukkan sikap sebaliknya.
Setiap kali sang suami kedatangan tamu ke rumahnya, isterinya menunjukkan sikap yang kurang baik. Sehingga si suami mengeluhkan keadaan tersebut kepada Rasulullah saw.

👉Mendengar itu Rasulullah saw bersabda,
_"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan bertamu ke rumahmu. Katakan kepada isterimu supaya ia memperhatikan tamu pada saat keluar rumahnya nanti."_

👉Laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah saw.
Pada saat para tamu masuk (datang), ia dan istrinya melihat mereka membawa daging & buah buahan yang banyak, dan pada saat  mereka pulang membawa keluar Ular dan Kalajengking yang begitu banyak.

💐Rasulullah saw bersabda,
_"Kedatangan tamu ke rumah mendatangkan banyak karunia ke dalam rumah yang dikunjungi, dan pada saat pergi mereka membawa keluar berbagai Petaka dirumah tersebut."_

✍ Setelah menyaksikan hal itu, istrinya pun berubah menjadi orang yang suka menerima tamu.

Rasulullah saw bersabda,
_"Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit. Apabila ia memakan sesuatu, Allah swt akan mengampuni dosa penghuni rumah yang dikunjungi."_

👉Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda,
_"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tamu, maka malaikatpun tidak akan mengunjungi rumah tersebut."_

🔻🔻🔻🔻🔻🔻🔻
💐Beruntunglah rumah rumah yang sering kedatangan tamu, maka janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu ke rumahmu.

واللّه اعلم باصّواب...

Waktu fisiologi badan berfungsi

*WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI*

🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. *Elakkan makan* dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
_*CUBA AMBIL MAKLUM & AMALKAN SEBAIK2 MUNGKIN,*_
In-Syaa Allah.

Kenapa kita mesti istiqamah mengaji


*KENAPA KITA MESTI ISTIQAMAH MENGAJI*

*TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR* :

*Oleh Ustaz Ahmad Dusuki*

■Jangan sekali kali tinggalkan *Al Quran*...Ini cara mudah lepaskan diri dari *seksaan kubur*.

*■Rumah* yang dibacakan *Al Quran*, pada *waktu malam* rumahnya *bercahaya,* sehingga dikenali *Malaikat.*

■Jika *mati* orang yang suka baca *Al Quran* Ini, *cahaya* di rumahnya akan *diangkat ke langit & malaikat2* akan tau, ooo, *mati* sudah sipembaca *Al Quran* ini, Mari kita *solatkan rohnya*.

■Didalam *kubur*, *malaikat* akan *berlemah lembut* dengan *mayat*.

*■Al Quran* akan *duduk didada* kita selepas kita *selesai dimandi & dikafankan* & terus *menemani* kita didalam *kubur.*

*■Azab kubur* bermula apabila *mayat* tidak dapat *menjawab soalan2 Malaikat*

*■Sesi soal jawab* berlangsung *selama 3 hari*. Ada *Riwayat* lain kata *7 hari*.

■Penting *7 hari* ini kita *mendapat doa* dari *anak2 yang soleh* supaya *hari2 kita indah didalam kubur*.

*■Masa mayat* tu *duduk* kita akan *sedar*, ohh...aku dah *meninggal* dah... 😭

■Pesanan akhir Ustaz, *sebelum mati*, tolong *pastikan sekurang kurangnya ada Al Mulk dalam Dada kita*.
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
آميـــــــــــــــــــن

*■Celakalah orang* yang tidak dapat *jawab soalan* mengenai *Rasullullah SAW*.
dalam *kubur Al Quran* akan berkata *kepada mayat*, aku ini *Al Quran* yang dulu *kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu*.

■Aku akan *menemani* kamu sehinggalah kamu *masuk ke syurga*.

■Lepas tu baru *Al Quran* akan *lepaskan mayat* kepada *2 malaikat* yang akan *menyoal*.

■Jangan lupa *salawat, cintailah Nabi* sepenuh jiwa

*Semoga Bermanfaat*

*💎Agama itu Nasihat💎*

Kisah adik Amin bawa 30sen ke sekolah

Kisah Adik Amin bawa duit RM0.30 ke Sekolah membuatkan Anda Sebak

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA....

Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?

Amin: Mak saya beri RM0.30sen sehari Cikgu... Kat kanti RM0.30sen ni dapat beli karipap je satu. Segan la cikgu beratur panjang2 dapat beli karipap satu jaa. Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok. Dapat la saya makan karipap dengan air sirap RM0.30sen.
Saya ka kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu)..

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2017 ini masih juga ada pelajar yang membawa RM0.30sen ke sekolah.

Ramai di antara kita memandang RM0.30sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini RM0.30sen sangat besar ertinya..

Cikgu : Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya?

Amin: "Oh.. hari jumaat duit RM0.30sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin, cikgu." jawab Amin dengan bersahaja.
"Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca.. saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada RM0.30sen, siap boleh sedekah pulak lagi..
Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didalam kemiskinan.
Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit RM0.30sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan RM0.30sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin..

#SHARE lah eh. Mungkin cerita ni nampak simple tapi ia memberi 1,000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah..

# YANG TAK SHARE NI, MUNGKIN BELIAU ORANG KAYA..

Subahanallah..
Tengok betapa mulianya hati seorang pelajar ni.. Mulia dan bijak berbelanja pulak tu..
Terharu dan merasa bangga jugak sebab masih kecil lagi tapi mempunyai hati dan minda yang sungguh matang..

Semakin tinggi ilmunya, semakin sedikit menyalahkan orang lain


___________________
*SEMAKIN TINGGI ILMUNYA, SEMAKIN SEDIKIT MENYALAHKAN ORANG LAIN*
~~~~~~~~~~~~~~~
Sewaktu baru kepulangannya dari Timur Tengah, Prof. DR. Hamka, seorang tokoh pembesar ormas Muhammadiyyah, menyatakan bahwa Maulidan haram dan bid’ah tidak ada petunjuk dari Nabi Saw., orang berdiri membaca shalawat saat Asyraqalan (Mahallul Qiyam) adalah bid’ah dan itu berlebih-lebihan tidak ada petunjuk dari Nabi Saw.

Tetapi ketika Buya Hamka sudah tua, beliau berkenan menghadiri acara Maulid Nabi Saw saat ada yang mengundangnya. Orang-orang sedang asyik membaca Maulid al-Barzanji dan bershalawat saat Mahallul Qiyam, Buya Hamka pun turut serta asyik dan khusyuk mengikutinya. Lantas para muridnya bertanya: “Buya Hamka, dulu sewaktu Anda masih muda begitu keras menentang acara-acara seperti itu namun setelah tua kok berubah?”

Dijawab oleh Buya Hamka: “Iya, dulu sewaktu saya muda kitabnya baru satu. Namun setelah saya mempelajari banyak kitab, saya sadar ternyata ilmu Islam itu sangat luas.”

Di riwayat yang lain menceritakan bahwa, dulu sewaktu mudanya Buya Hamka dengan tegas menyatakan bahwa Qunut dalam shalat Shubuh termasuk bid’ah! Tidak ada tuntunannya dari Rasulullah Saw. Sehingga Buya Hamka tidak pernah melakukan Qunut dalam shalat Shubuhnya.

Namun setelah Buya Hamka menginjak usia tua, beliau tiba-tiba membaca doa Qunut dalam shalat Shubuhnya. Selesai shalat, jamaahnya pun bertanya heran: “Buya Hamka, sebelum ini tak pernah terlihat satu kalipun Anda mengamalkan Qunut dalam shalat Shubuh. Namun mengapa sekarang justru Anda mengamalkannya?”

Dijawab oleh Buya Hamka: “Iya. Dulu saya baru baca satu kitab. Namun sekarang saya sudah baca seribu kitab.”

Gus Anam (KH. Zuhrul Anam) mendengar dari gurunya, Prof. DR. As-Sayyid Al-Habib Muhammad bin Alwi al-Maliki Al-Hasani, dari gurunya Al-Imam Asy-Syaikh Said Al-Yamani yang mengatakan: “Idzaa zaada nadzrurrajuli wattasa’a fikruhuu qalla inkaaruhuu ‘alannaasi.” (Jikalau seseorang bertambah ilmunya dan luas cakrawala pemikiran serta sudut pandangnya, maka ia akan sedikit menyalahkan orang lain).

Semakin gemar menyalahkan orang semakin bodoh dan dangkal ilmunya, semakin Tinggi ilmu seseorang maka semakin tawadhu (rendah hati), carilah guru yang tidak pernah menggunjing dan mengkafirkan siapapun.

Hal ini sama seperti ilmu padi, semakin berisi semakin merunduk, itulah peribahasa yang sering kita dengar. Yang memiliki arti, orang berilmu yang semakin banyak ilmunya semakin merendahkan dirinya. Tanaman padi jika berisi semakin lama akan semakin besar. Jika semakin besar otomatis beban biji juga semakin berat.

Jika sudah semakin berat, maka mau tidak mau seuntai biji padi akan semakin kelihatan merunduk (melengkung) kearah depan bawah. Karena batang padi sangat pendek, strukturnya berupa batang yang terbentuk dari rangkaian pelepah daun yang saling menopang. Jadi tidak sebanding dengan beban berat biji padi yang semakin lama semakin membesar. Berbeda dengan biji padi yang kosong tidak berisi, walaupun kelihatan bijinya berbuah banyak karena tidak berisi maka seuntai biji padi tersebut akan tetap berdiri tegak lurus.
~~~~~~~~~~~~~~
Sebuah Renungan;
http://islamidia.com/semakin-tinggi-ilmunya-semakin-sedikit-menyalahkan-orang-lain/

Saturday 7 January 2017

Kembara Hayati-UN

Berhampiran escalator
Model comel dlm gambaq
 suasana sambutan krismas*x da kena mengena dengan sambutan cuma tgkp gambar sbb model tu comel jew*

 
Pemandangan mbelakangi escalator terindah di dunia.hihi. 




Kembara Hayati-Buku


Melangkah keluar dari Komuter ke KL Sentral terus je menghayun kaki ke KFC mana tak nye. Perut dah WARNING. Tetiba je ternampak la satu susuk tubuh mcm dikenali. Tektik biasa, tgkap gambar dari jauh n terus whasapp. Sah, betul.

Maka berdua2an la kaki ini melangkah ke KFC. Selesai saje aktiviti mengenyangkan perut, apa lagi. Dalam hati, kalau la disurungkan bantal, pasti ku x menolak..hihihi.

Itu la orang kata, kalu dah hantu buku tu, kemana saja kalu nmpk je kedai buku mesti singgah walau x da dalam jadual. Dari jauh tu dh nmpk dahhhhh..

Kat kedai tingkat atas  tu, terdapat buku2 versi Melayu dan Inggeris. Jenuh la nk baca. Rasanya setahun pon blm tentu tu. "Seronoknya kalu impian jadi kenyataan, buku2 ini ada dalam mini library ku"...

Sempat juga sambar buku tu dan ...tertarik dengan permainan budak2.mula laaa nostalgia menjelma. Card Happy family, ...mcm2 la ada. Kalu sesiapa nk belia buku bahasa inggeris n map, postcard,sourvenier, jemputlah ke sana sendiri untuk menikmatinya.

SALAM SUBUH..😚

Kembara Hayati-MRT

MRT Kwasa Sentral to Sg Buloh-Semantan


Assalamualaikum.
Oohhh Alhamdulillah, kita masih diberi nafas untuk terus menikmati dunia ini dengan janji yang telah kita ungkapkan.
MRT merupakan satu lagi teknologi pengangkutan yang terkini beroperasi di Malaysia. Fasa pertama (MRT Sg Buloh-Semantan) telah dirasmikan dan perkhidmatan ini diberikan secara percuma bermula 15 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017.

Syukur kehadrat Ilahi, 2hari lepas penulis berpeluang menikmati perkhidmatan tersebut dari Sg Buloh hinggalah ke Semantan. Menikmati panorama dari atas MRT merupakan satu pengalaman yang amat menarik. Mana tidaknya, selama ini hanya menumpuh jem di kawasan Sg Buloh-Kota Damansara gara2 projek ini. Kini, inilah ganjaran yang dapat kita nikmati hasil daripada kesabaran kita selama ini.

Kepada anda yang belum mengambil giliran, segeralah kesana dengan keluarga dan rakan2 anda. Pasti anda dapat menambah ilmu dan pengalaman baru. Sepanjang penulis di atas gerabak MRT tu, terdapat pelbagai lapisan masyarakat di situ. Dari yang berumur hinggalah ke usia kanak2. Ada yang bisu, ada yang berpimpinan tangan malah ada dikalangan datang dari kg untuk sama2 merasai nikmat ini.

Rata2 pengunjung yang tiba disitu, ingin menikmati teknologi tersebut dan penulis pula ingin menikmati pemandangan dari dalam MRT ke kawasan yang dibawa.

TAHNIAH!!!

Kerana kita telah diizinkan Allah untuk menaiki train MRT ini.